• Phone011-55557114
  • Open HoursMonday - Friday 8.30 am to 5.30 pm
  • Phone011-55557114
  • Open HoursMonday - Friday 8.30 am to 5.30 pm

Tips Mudah Menjaga Pakaian

Baju korang cepat lusuh?? Reput?? Kedut?? Koyak??

Jika ya, mungkin cara penjagaan pakaian korang tu salah.

Jom Frenzy share cara nak bagi pakaian korang tu tahan lama dan kekal baru. Follow step by step ya.

1 . Cuci Pakaian Dengan Berhati – Hati

Sebelum mencuci pakaian, anda digalakkan mengasingkan pakaian yang berwarna dan pakaian putih. Ini kerana pakaian berwarna berkemungkinan luntur dan akan menyebabkan warnanya melekat pada pakaian putih anda.

Ketika mencuci pula anda dinasihatkan jangan menggunakan sabun pencuci terlalu banyak. Walaupun buih yang banyak akan menampakkan pakaian kita lebih bersih tetapi sebenarnya TIDAK. Cukup hanya sekadarnya sahaja. Anda boleh lihat sukatan cecair pencuci yang dinasihatkan oleh pengeluar sabun. Ia biasanya tertera pada label pembungkusan. Jika anda guna kan sabun pods, cukup sekadar 1 pods untuk cucian sehingga 4kg.

Pastikan juga pakaian anda tidak bergulung ketika hendak dicuci. Ini kerana kotoran yang berada di ruang yang tergulung berkemungkinan tidak dapat dicuci dengan baik atau akan terdapat kesan kotoran yang tersekat di kawasan itu.

Selain itu, ramai di antara kita gemar mencuci dengan air panas. Tujuan nya agar bakteria dan kotoran dapat dihapuskan dengan lebih maksimum. Ia nya boleh tetapi JANGAN TERLALU KERAP. Air panas boleh merosakkan gentian fiber yang terdapat pada pakaian anda menjadikan pakaian anda mudah reput dan lusuh.

2 . Kaedah Pengeringan Yang Betul

Terbalikkan pakaian sebelum di jemur. Ya, mungkin tips ini kelihatan biasa tapi percayakah anda ramai yang tidak melalukannya dengan alasan mengejar masa. Dengan terbalikkan pakaian anda ketika dikeringkan, boleh memelihara warna pada pakaian anda agar tidak cepat lusuh.

Ramai di antara anda yang bekerjaya lebih memilih mengeringkan pakaian anda dengan menggunakan dryer. Dryer memang memudahkan tetapi kurang elok jika kerap digunakan. Anda boleh menggunakan dryer tetapi tidak sehingga pakaian kering sepenuhnya. Biarkan ia dalam keadaan lembap sedikit kemudian keringkan secara semula jadi. Itu lebih baik bagi memelihara fabrik.

Sebaiknya anda dinasihatkan mengeringkan pakaian dengan cara menjemur berbanding mengunakan mesin pengering.

3 . Susunan Pakaian

Jangan sumbat pakaian ke dalam almari tanpa dilipat terlebih dahulu kerana ia akan merosakkan fabrik. Di samping itu ia akan lebih menyusahkan kita untuk mencari pakaian ketika kita mahu menggunakannya.

Jika tiada masa untuk melipat, gunalah penyangkut baju sebagai kaedah lain untuk menyusun pakaian. selain menjimatkan masa, penyangkut baju juga menjimatkan masa untuk kita mencari pakaian ketika hendak digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *