
Apa perasaan korang bila nampak kain dah mengunung macam ni? Silap silap boleh sampai jadi gunung everest. Ramai orang rajin cuci baju tapi tak semua rajin nak melipat kan?
Rileks, bukan anda seorang yang rasa macam tu. ramai lagi..
Jom Frenzy share kan tips mudah macam mana nak lipat kain dan dapat elakkan jadi setinggi gunung ni.
1 . Jauhkan Gadjet ketika melipat kain.

Tahukah anda punca kerja melipat kain sering tertangguh adalah kerana anda sering kali melihat handphone ketika melipat kain. Tabiat ini secara tak langsung akan menjadikan masa melipat kain menjadi lama sehingga kadang kala ia menjadi tertangguh.
Bermula dari menjawab Whatsapp berlarutan sehingga melayari media sosial satu per satu hingga tidak sedar masa yang ada untuk melipat kain dihabiskan dengan membelek Handphone.
Ada baiknya jika di simpan dahulu Gadjet anda dan fokus melipat kain. Nescaya kerja anda cepat beres.
2 . Asingkan yang nak digosok atau di gantung.

Selepas pakaian diangkat dari jemuran atau mesin pengering, asingkan pakaian yang hendak di gantung atau dilipat. Dengan cara ini kita dapat melihat bilangan pakaian yang hendak di lipat semakin sedikit dan akan menimbulkan mood rajin nak lipat kain.
Kebiasaannya baju yang hendak digantung adalah baju yang hendak di seterika seperti pakaian sekolah anak dan pakaian kerja seharian.
3 . Selesaikan Yang Besar Dahulu
Biasakan melipat pakaian yang besar terlebih dahulu seperti cadar, tuala, selimut, kain pelikat atau kain batik. Selepas itu barulah diteruskan kepada pakaian yang lebih kecil seperti pakaian anak anak, stokin dan pakaian dalam.
4 . Gunakan mesin lipat kain manual atau auto.

Untuk menaikkan mood melipat kain, anda boleh la mencuba mesin lipat kain sama ada yang manual atau auto. Untuk mesin manual sangat mudah di dapati di platform shopee dengan harga serendah RM7. Untuk mesin auto pula mungkin lebih mahal tapi apa salahnya jika ia boleh memudahkan kerja anda kan?
Selain itu anda boleh mencuba kaedah lipat pakaian sepantas 2 saat.

5 . Gunakan kaedah menjemur dengan menggunakan penyangkut baju.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh terus menyimpan pakaian yang telah kering di jemuran ke dalam almari tanpa perlu lipat. Lebih jimat masa kan?
6 . Sediakan Bakul Khas Setiap Orang.

Kaedah terakhir ini adalah kaedah paling mudah untuk anda yang tiada masa langsung nak uruskan pakaian selepas dicuci.
Asingkan pakaian mengikut bilangan isi rumah dan label kan dengan nama masing masing.
Dengan cara ini pakaian yang hendak digunakan lebih mudah dicari.
Semoga ada di antara tips yang dikongsikan membantu anda! Like dan Share untuk lebih Tips!