• Phone011-55557114
  • Open HoursMonday - Friday 8.30 am to 5.30 pm
  • Phone011-55557114
  • Open HoursMonday - Friday 8.30 am to 5.30 pm

Jenis Jenis Khemah Untuk Camping

Ketika ini trend Camping sudah semakin menjadi kegilaan rakyat Malaysia kan? Mungkin kerana terlalu lama terperap akibat PKP. Semua orang nak cari ketenangan dengan berkhemah.

Tapi untuk anda yang baru berjinak jinak dengan aktiviti ini, anda dah tahu ke jenis khemah yang sesuai untuk anda?

Jom kita check :

Sebelum nak beli khemah lebih baik kenali jenis dan apa kegunaan anda, samada untuk bawa family, hiking dan boleh memuatkan untuk berapa orang.Untuk selesa, beli size lebih dari jumlah orang.Sebagai contoh untuk 4 orang, jika boleh beli size kurang kurang untuk 5 orang supaya ada ruang untuk letak barang, kalau tak nanti tido agak berhimpit dan tidak selesa,yela, semua barang dah sumbat dalam khemah, orang pulak penuh, kalau untuk kanak2 ok la, diorang kecik, kalau semua nya size bapak orang macamana….

Ada jenis khemah memang dah siap-siap ada buat ruang khas utk letak barang, jenis macam tu ok la. Pastikan ukuran size khemah, nanti salah size kaki terjulur terkeluar pulak masa tido…hahahaha. Kebanyakan khemah panjang dia 2 meter, so ok la untuk orang asia, jarang jarang la jumpa orang asia ketinggian lebih 6 kaki.

CAMPING TENT

Khemah terbahagi kepada beberapa jenis iaitu

  1. RIDGE TENT
    -Khemah ni style dulu2, jarang nak nampak orang guna style ni. Kalau kaki survivor dan tak nak bawa banyak barang, dia bawa satu kanvas dan ikat kat pokok atau buat pancang, jadi la rupa khemah ni.
    -Tapi ni kan group FAMILY CAMPING, mesti la nk bagi keselesaan kepada keluarga terutama anak2 kecil & orang2 tua.
    -Kalau yang jenis utk survivor tu lain tema dan 😁

2. DOME TENT
-Ni jenis paling banyak digunakan sekarang, sebab mudah dibawa dan tak makan banyak ruang.

– Untuk 1 – 4 orang sesuai sangat.

-Cuma jenis dome ni tak tinggi, nak masuk kena bongkok sikit dan kalau nak tukar baju tak boleh berdiri

– Jenis dome ada 2 jenis, single layer dengan double layer, bukan maknanya untuk orang single atau orang berkahwin tau 😂😂

-Single layer hanya ada satu lapisan sahaja khemah tu, tiada layer atas dia, cuma kelemahan single layer ni kalau hujan mmg cepat la air masuk.

untuk iklim Malaysia ni yang jenis hujan lebat, lebih baik beli double layer, selamat sikit kalau hujan. Biar keluar modal lebih sikit, boleh pakai lama daripada kena beli banyak kali, lagi makan modal.

3. CABIN TENT

-Jenis ni pun semakin terkenal dikalangan campers Malaysia, ramai yang suka pakai daripada jenama decathlon Arpenaz.

-Jenis ni boleh berdiri, so nak tukar baju, nak solat pun mudah dan selesa

-cuma kalau arpenaz tu better pasang sekali fly sheet, sebab dia single layer, kalau ada flysheet best sikit, ada ruang utk berehat depan khemah, nak masak2 selesa tak panas

-jenama UNTA pun fames juga, ramai yang guna dan mencari, murah dan besar, cuma sekarang stok dah banyak habis sebab semua orang dok pakat beli dia 😂

4. FAMILY TENT

-Khemah ni besar dan ada 2 bahagiaan biasanya, so boleh la asingkan bahagian ibubapa dan anak2

-Sangat selesa la untuk bawa keluarga, cuma harga dia je la agak “Keras”, tapi kalau ada budget lebih dan untuk keselesaan keluarga apa salahnya, diorang gembira nanti senang la nk ajak g camping lagi.

5. GEODESIC TENT

-Khemah ni biasanya digunakan kaki hiking

-jenis ni biasanya sangat ringan dan sangat sesuai untuk dibawa panjat gunung, ye la, nak mendaki kalau boleh nk bawa barang2 yang ringan dan tidak makan ruang-cuma harga dia la keras 😅 , boleh jadi 2 3 kali ganda dari harga khemah dome biasa, harga dia mahal disebabkan jenis material yang digunakan dari jenis berkualiti dan mahal

6. POP UP TENT

-Khemah ni sebagai tambahan sahaja, bukan buat tido😂

-digunakan untuk memudahkan tukar baju, melepaskan hajat atau mandi

-tu antara jenis2 khemah, kalau dari segi material pulak banyak jenis dan kebiasaannya dari jenis nylon.

Kalau boleh beli khemah yang PU dia tinggi.Apa PU tu?

PU ni adalah ketahanan dia menampung air, lagi besar nombor PU, lagi tahan la dia menampung air

contoh, PU 2000, PU 3000.

sama juga dengan flysheet, klau boleh beli PU tinggi, kalau hujan lebat selamba je dia bertahan, kalau tak nanti menitis je air masuk dalam cawan kopi untuk bahagian lantai khemah pula, kalau jenis nylon nipis sahaja, lebih baik lapik ground sheet, untuk elak basah jika hujan dan juga boleh elakkan terkena batu tajam atau kayu yang boleh membocorkan khemah anda sekaligus poket anda kerana terpaksa membeli khemah yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *