• Phone011-55557114
  • Open HoursMonday - Friday 8.30 am to 5.30 pm
  • Phone011-55557114
  • Open HoursMonday - Friday 8.30 am to 5.30 pm

BARANG YANG WAJIB DI BAWA UNTUK CAMPING !!

Camping atau Berkhemah merupakan salah satu aktiviti outdoor yang sangat menarik bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Sudah pasti, kebiasaannya berkhemah memakan masa sekurang-kurangnya 1 hari di lokasi-lokasi berkhemah tertentu. Untuk berkhemah, terdapat beberapa barang perlu anda bawa demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan alam semula jadi. Terdapat 2 jenis item yang ingin kami huraikan;

  1. Item Wajib Ada Dalam Backpack (IWADB)
  2. Item Yang Perlu Ada Bagi Sesebuah Kumpulan Camper. 

Item Wajib Ada Dalam Backpack Korang


1. Beg Tidur (Sleeping Bag)
Beg tidur bukan sahaja penting bagi mengelakkan anda dari kesejukan malam melampau, malah ia juga memberikan anda sedikit kusyen kepada tubuh badan anda. Beg tidur light dan ringan telah dipasarkan secara meluas. Jadi, ia tidak akan memakan ruang dan berat yang banyak di dalam backpack korang. Ada juga orang yang membawa pad tidur atau sleeping mat.

2. Pakaian Yang Sesuai

Ia merangkumi pakaian semasa perjalanan anda, pakaian untuk tidur, pakaian semasa ingin membersihkan diri, dan juga pakaian semasa cuaca sejuk seperti jaket atau Windbreaker. Pastikan juga kasut yang tahan lasak dan selasa untuk digunakan. Tambahan, selipar atau sandal juga boleh turut dibawa bagi memudahkan pergerakan di sekitar campsite


3. Botol Minuman
Umum mengetahui akan kepentingan Air terhadap tubuh badan manusia. Sentiasalah bawa botol minuman dan pastikan ia sentiasa diisi dengan air. 


4. Lampu Suluh (FlashLight) 
Semasa berkhemah, khususnya jika anda berkhemah di kawasan hutan dan pergunungan, sudah pastinya sumber pencahayaan amat terhad. kebergantungan asas hanyalah pada cahaya semulajadi seperti bulan dan juga cahaya dari unggun api (campfire). Lantas, lampu suluh amat diperlukan oleh setiap orang. Terdapat pelbagai jenis lampu suluh dipasaran yang bersifat lightweight atau ringan. Ada juga yang gemar menggunakan HeadLamp. Penggunaan Lampu suluh akan memudahkan pergerakan anda sepanjang anda berkhemah, khususnya diwaktu malam. Bateri ekstra jangan lupa ya.

5. Perkakas Pelbagai (Multi-Tool) 
Ia adalah satu set perkakas pertukangan yang bersifat mini tetapi sangat berguna. Antara perkakas multi-tool yang baik merangkumi Pisau Swiss Army dan seangkatan, playar, Pemutar Skrew dan pelbagai lagi. Dalam pasaran barangan outdoor, sudah terdapat pelbagai jenis Multi-Tool yang telah dipasarkan yang bersifat lightweight dan mini.


6. Kit Ikhtiar Hidup (Survival Kit) 
Kebiasaannya, survival kit mengandungi alat-alat untuk ikhtiar hidup seperti pisau, lighter atau batu asah untuk menyalakan api, wisel, tali dan pelbagai lagi. Kita tidak boleh menolak kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku semasa berkhemah seperti sesat. Oleh itu, persediaan kit ini adalah satu perkara wajib. 

7. Plastik Sampah

Sentiasalah bawa untuk menyimpan pakaian-pakaian yang kotor, ataupun sampah-sarap dari makanan dan jajan yang kita bawa. Selain itu, jika ingin berlatih menjadi budiman, boleh turut mengutip sampah-sarap yang ditemui sepanjang perjalanan dan perkhemahan. Sama-sama kita menjaga dan melestarikan alam yang dikurniakan oleh Allah SWT ini kepada kita.

Untuk barang-barang lain yang bersifat peribadi lain, korang boleh bawa mengikut juga mengikut keperluan. Contohnya buku, diari atau jurnal, jajan dan lain-lain kelengkapan diri ya.

ITEM YANG PERLU ADA BAGI SESEBUAH KUMPULAN CAMPER


Perlu diingat, item yang disenaraikan di sini perlu dibawa oleh anda seorang diri jika anda melakukan solo-hiking. Budaya solo hiking sudah menjadi satu trend bagi beberapa buah negara seperti di Amerika dan beberapa negara lain. 

1. Khemah (Tent)
Khemah berfungsi sebagai tempat tinggal dan perlindungan bersifat sementara. Ia juga melindungan kita dari cuaca sejuk atau panas yang melampau. Terdapat beberapa jenis dan saiz khemah. Ada khemah yang boleh memuatkan 1 atau 2 orang, dan ada juga khemah yang mampu memuatkan lebih kurang 5-6 orang. 


2. Penapis Air (Water Filter / Purifier) 
Jangan sesekali minum air yang tidak dirawat walaupun anda berada di kawasan pergunungan di mana airnya kelihatan segar dan jernih. Ia berpotensi mengandungi bakteria-bakteria yang akhirnya akan membawa anda kepada kesakitan dan hospital. Jika darurat sekalipun, pastikan air ditapis / dirawat ataupun di didihkan terlebih dahulu. 


3. Dapur Memasak
Dah nama pun dapur memasak, semestinyalah untuk kita memasak. Dapur memasak harini ini semakin moden untuk penggiat outdoor, ia lebih kecil, ringan, dan mudah dibawa. Pastikan juga anda membawa gas tambahan. 

4. Kit Bantuan Kecemasan (First-Aid Kit)
Ada orang hanya menggabungkan beberapa jenis ubat didalam kit survival. Tetapi adalah lebih baik jika kita mempunyai satu kit khas yang mengandungi segala keperluan perubatan asas 


5. Mess Kit 
Ia adalah barangan yang kita gunakan untuk menyedia, memasak dan menghidangkan makanan semasa berkhemah. Item-item yang mess kit termasuklah pinggan dan mangkuk, gelas, mangkuk, kuali, dan sebagainya. Anda juga boleh saja bawa Mess Kit anda secara persendirian. 


6. Peta (Map)
Peta bukan sahaja membantu bagi mengelakkan anda sesat, ia juga dapat memberi informasi tentang lokasi anda yang terkini dengan destinasi yang ingin dituju. Jadi, anda boleh membuat anggaran untuk perjalanan anda dari segi masa rehat sepanjang perjalanan. Peta kini boleh didapati dalam bentuk digital yang kini dipasarkan secaa meluas dipasaran ya. Walaubagaimanapun, anda masih juga disarankan untuk bawa peta kertas sebagai back up 🙂 Always have a back up plan guys. 

Antara barang tambahan lain yang perlu ada adalah sabun basuh baju kapsul larut air. Selain dapat menjaga alam sekitar, sabun basuh larut air juga boleh mengurangkan bau pada baju yang tidak dapat dikeringkan dengan sempurna.

Boleh dapatkan sabun kapsul larut air ni di link berikut :

https://www.lazada.com.my/products

https://shopee.com.my/frenzylaundrypods

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *