• Phone011-55557114
  • Open HoursMonday - Friday 8.30 am to 5.30 pm
  • Phone011-55557114
  • Open HoursMonday - Friday 8.30 am to 5.30 pm

5 TIPS MUDAH KURANGKAN PENGGUNAAN PLASTIK

TIPS 1 : BAWA BEG GUNA SEMULA

Jadikan beg guna semula sebagai rakan baik anda ketika membeli belah. Selain dapat menjimatkan wang, anda juga boleh menyelamatkan alam sekitar.

TIPS 2 : HENTIKAN PENGGUNAAN STRAW.

Tahukah anda penyedut minuman atau straw mengambil masa kira-kira 200 tahun untuk terurai? Anda boleh melatih diri untuk tidak menggunakan straw ketika minum di restoran atau boleh cuba menggunakan straw yang diperbuat daripada kertas dan straw besi guna semula yang mula dijual dipasaran.

TIPS 3 : BERHENTI MEMBELI MINUMAN DI DALAM BOTOL PLASTIK

Mungkin ada di antara kita tidak kisah membelanjakan wang ringgit ketika hendak membeli minuman. Tetapi alangkah baiknya jika kita boleh menukar tabiat itu dengan membawa sendiri air dari rumah atau menggunakan botol yang boleh dikitar semula.

TIPS 4 : BAWA BEKAS MAKANAN ANDA

Anda mungkin kelihatan sedikit jimat jika membawa bekal sendiri tetapi anda juga masih boleh menikmati makanan yang dibeli di kedai dengan hanya membawa bekas makanan sendiri beserta set sudu dan garfu anda sendiri.

TIPS 5 : SIMPAN SET KUTLERI

Set kutleri juga anda boleh bawa berasingan jika tidak mahu membawa bekas makanan bersama- sama. Set ini boleh dibasuh dan digunakan semula. Hal ini boleh mengelakkan anda menggunakan ser kutleri plastik yang mengambil masa beratus ratus tahun untuk terhapus.

Akhir kata, marilah kita sama sama mengurangkan penggunaan sisa pepejal bagi menjamin alam yang lebih sihat di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *